Sekolah Kebangsaan Balok Makmur ditubuhkan pada 07 Januari 2002. Memandangkan pada masa tersebut sekolah ini belum disiapkan, semua pelajar sekolah ini menumpang buat sementara di Sekolah Kebangsaan Balok di sebelah petang. Pelajar terdiri dari tahun 1 hingga 5 sahaja. Buat permulaan sekolah ini dipimpin oleh En. Mohammad Fodzi bin Mohd Salleh selaku Guru Besar dengan dibantu oleh seramai 20 orang tenaga pengajar dan 3 orang kakitangan sokongan. sekolah tumpang ini beroperasi sehingga 18 Ogos 2002.
Mulai 19 Ogos 2002 Sekolah Kebangsaan Balok Makmur mula beroperasi dibangunan sendiri (baru) yang terletak 3 km dari SK Balok. Sekolah ini terletak di dalam kawasan yang dikelilingi Taman Perumahan ini iaitu Taman Balok Baru dan Rancangan Rumah Murah Balok Pine. Sekolah ini terletak kira-kira 20 km dari Bandar Kuantan dan boleh dihubungi dengan jalanraya Kuantan ke Pelabuhan Kuantan dan Kuantan ByPass Pelabuhan Kuantan.
Apabila sekolah ini beroperasi di bangunan baru, kepimpinan sekolah diterajui pula oleh En. Muda bin Abd Latif sebagai Guru Besar yang kedua dan kekal sehingga Julai 2007. Beliau dibantu oleh Guru Penolong Kanan lantikan sekolah iaitu kategori DGA 29 kerana sekolah ini belum dinaik taraf sebagai sekolah Gred A.
Pada peringkat awal pembukaan sekolah ini mempunyai seramai 468 orang pelajar dan pada tahun 2005 bilangan pelajar meningkat kepada 670 orang dimana 643 orang terdiri pelajar Tahun 1 hingga Tahun 5 manakala 27 orang lagi adalah pelajar pendidikan Khas. Majoriti ibubapa dan penjaga pelajar bekerja dikilang dan sebahagian kecil sebagai kakitangan kerajaan dan melakukan pekerjaan sendiri.
Mulai pada 16 April 2016 SKBM telah terajui oleh Guru Besar yang baru iaitu En. Md Din bin Muhammad Ariffin DG44 dari SK Mambang, Pekan menggantikan En. Che Shamsudin kerana bersara. Beliau dibantu oleh 4 orang Guru Penolong Kanan lantikan Sekolah Kategori DGA34 secara Hakiki mulai Januari 2008. Sekolah ini terdapat beberapa bangunan dan bilik dibuka iaitu Makmal Komputer, Pusat Akses, Pend. Khas dan Pra Sekolah. Pra Sekolah terdiri 25 orang pelajar seorang guru dan seorang Pembantu Pengurusan Murid. Manakala Pend. Khas terdiri 16 orang pelajar dan seorang Guru Penolong Kanan PK, 6 orang Guru dan 3 orang Pembantu Pengurusan Murid.
0 comments:
Post a Comment